Followers

09 July 2013

Hot Spring Sungai Klah Sungkai Perak

Rombongan cik jah kali ialah ke Hot Spring Sungai Klah Sungkai Perak. Layan kolam air panas sekali sekala menarik jugak kan. Rombongan bersama kengkawan sekolah ni sempena Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) dengan tema "Menangani stress & Team Buiding". Memang hilang la stress kalau datang hot spring nih especially kalau pegi dengan famili or kengkawan kan.

Tempat ni terletak dekat Sungkai Perak. Dari PLUS hiway tu, exit Sungkai kemudian korang follow jer la signboard. Jangan risau signboard ke hot spring ni bersepah² ada. Nak elok lagi pasang GPS, insyaallah sampai.

Peta Lokasi

Bayaran masuk ke tempat ni seperti berikut:

Dewasa: RM10.00
Kanak²: RM8.00
Warga Emas: RM7.00
OKU: RM2.00

Waktu operasi hot spring ni ialah dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Tempat ni sesuai sangat la untuk famili. Ada swimming pool yang sesuai untuk kanak². Suka la depa main air. Swimming pool untuk orang dewasa bersebelahan jer pun. Orang² tua pun bleh mandi jugak. Eh tua ker?! Hehehe...

Nota Penting!!! Korang dilarang sama sekali untuk membawa apa² jenis makanan & minuman pun ke sini. Bag² korang akan di check macam kastam dekat airport. Serius!!! Jadi patuhi arahan ni untuk elakkan hilang mood nak berholiday huhuhu. Semua makanan, minuman, souvenir, peralatan mandi etc etc ada dijual dekat dalam hot spring ni. Telur pun korang jangan beli dari luar sebab bukan boleh bawa masuk pun huhuhu!

Patuhi arahan

trem untuk bawa penumpang ke hot spring

Antara kemudahan² yang disediakan dekat sini ialah:
  • Hot Springs Swimming Pool - swimming pool ni sesuai untuk kanak² atau orang dewasa. Air dekat pool ni bukan lah air panas, air biasa jer so dont worry. Selamat untuk budak².
  • Therapeutic Pool -pool² kecil, sesuai untuk kita rendam badan sambil rilek² dalam air panas. Setiap pool bebeza suhu panasnya. Hati² lah yer. Jangan main terjun badak jer.
  • Natural Hot Springs & Board Walk - Natural hot spring tu satu kolam besar sesuai untuk rendam² kaki jer sebab air dia boleh tahan panas.
  • Egg Boiling Activity - suhu air panas kat sini (pada kolam tertentu) memang boleh sampai tahap rebus telur. Booth jual telur ada di sini jadi jangan susah² beli dari luar. Peralatan merebus telur pun disediakan. Lepas tu boleh makan telur tu dengan kicap masin. Kicap pun disediakan. Makan telur rebus ramai² memang marveles lah!
  • Water Reflexology Course - ni tempat air dengan lantai berbatu² untuk urut kaki tu. Sakit wooooo!
  • Food Court - tempat makan disediakan sebab tu depa tak bagi kita bawa makan dari luar.
  • Souvenir Shop - nak beli tshirt ker, fridge magnet ker etc etc etc pun ada di sini.
  • Traditional Massage - perkhidmatan berurut juga disediakan. Urut kaki reflexologi tu pun ada. Bayaran asing lah yer.
  • Family Bath - hurmmmm... aku tak sure mana tempat ni huhuhu...

swimming pool

jakuzi

tempat persalinan & tandas yang selesa

reflexology

rebus telur

natural hot spring


2 comments:

  1. rebus telur tu siap ready kicap dgn pepper ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for reading & sorry for late reply

      kicap ada dia bagi.. pepper tu tak pasti lak

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...