Tinggal Jejak

23 February 2013

Negeri Cik Siti Wan Kembang

Hari ketiga jelajah Pantai Timur sampai ke Negeri Cik Siti Wan Kembang. Pepagi bangun pergi ke Wakaf Che Yeh dulu sebab nak jumpa Che Su. Pastu bawa Che Su ke Pasar Siti Khadijah. Bukan nak membeli sangat pun. Saja ja nak jalan-jalan situ. Sebab Pasar Siti Khadijah ni kan icon Kelantan jadi kalau first timer wajib mai tengok. Tapi ekceli aku second timer dah hehehe.


Ground floor macam pasar basah

third floor banyak jual kain pasang batik

second floor jual barang² kering pulak

Lepas ke Pasar Siti Khadijah kami jalan-jalan pulak ke Pantai Cahaya Bulan. Biasalah encik hubby nak menembak hehehe. Singgah semata-mata nak bergambar jer sebab tak sampai setengah hujan pun turun huhuhu.

tak sempat main layang-layang

Balik dari PCB kami hantar Che Su balik ke Wakaf Che Yeh. Kemudian janji dengan Mek Ida nak ngeteh. Mek Ida bawa p makan dekat Food Village, Pangkalan Chepa. Penuh orang kedai makan ni. Konsep kedai sama macam steambot & grill cuma tempat masak tu lain dari yang lain sket. Dipanggil Chim Chum. Periuk yang guna untuk steam & grill tu berbentuk macam kubah kat tengah². Sekeliling tu letak air untuk steam. Bakor pakai arang memang marveles lah.


Chim Chum


para ibu tersandar kenyang~ para anak haus minum air main lajok etek

Lepas makan-makan ni singgah semula Wakaf Che Yeah sebab Lea mengamuk nak jersey bola Red Warriors. Tak pusing dalam-dalam pun sebab dah lewat. Letih, mengantuk & hujan. So inilah hasilnya.

Little Red Warrior

Arsenal la sangat hahaha



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...